proses pembuatan lemantak
PROSES TEPUNG LEMANTAK
Proses pertama untuk menjadikan tepung lemantak adalah bahagian-bahagian
kecil pokok mulong dibuang kulit yang keras dan dibelah kepada bahagian
yang lebih kecil. Bahagian kecil tersebut dimasukkan ke dalam mesin
parut untuk mengasingkan hampas dan isi sagu tersebut. Mengikut Osman
dan isterinya Catherine, proses pemparutan mengambil masa setengah hari
jika jumlah pokok mulong yang dibelah-belah adalah lima batang. Mesin
parut tersebut mempunyai beberapa bahagian iaitu bahagian parut,
bahagian penapisan, bahagian pengaliran air, bahagian pembuangan hampas
(pow) dan bahagian mengaliran pati sagu.
Setelah diparut menggunakan mesin ciptaannya sendiri, isi yang diparut
diairi untuk mendapatkan pati sagu seperti proses memerah santan dari
kelapa yang diparut. Isi yang diparut itu melalui bahagian penapisan
dan diperah kemudiannya diasingkan dari hampas atau dalam bahasa Melanau
hampas pokok mulong dipanggil ‘pow’ . Hampas tersebut dialirkan ke
kawasan sungai. Kitaran air yang menggunakan sepenuhnya air sungai
sentiasa bergerak kerana pemprosesan tepung lemantak ini memerlukan air
yang banyak untuk mengasingkan setiap bahagiannya.
Setelah diparut, sabut pokok mulong dibuang. Hampas bersama isi sagu
yang tinggal dipisahkan menggunakan penapis besar yang dibuat oleh pak
cik itu sendiri. Isi sagu yang terkumpul dialirkan ke dalam ‘jalur’
iaitu sejenis kayu belian yang dibuang isi dalamnya. Menurut Osman,
‘jalur’ yang ada pada beliau adalah daripada peninggalan datuknya. Jalur
tersebut di beli daripada orang Iban dengan harga 30 ringgit. Sekarang
kata beliau, ‘jalur’ susah untuk didapati lagi kerana kekurangan kayu
belian. Terdapat air di dalam ‘jalur’ tersebut untuk memendakkan isi
sagu. Setelah selesai semua, isi sagu bersama air yang terdapat dalam
‘jalur’ di buang airnya. Setelah air dibuang, isi sagu tersebut di
masukkan di dalam pasu dan sedia untuk dikeringkan.
Proses pengeringan menggunakan ‘tanudak’ adalah sejenis bahan yang
menggunakan buluh yang dikait. Setelah dikeringkan dalam keadaan cuaca
yang panas. Tepung lemantak sedia untuk diproses menjadi bahan makanan
harian masyarakat Melanau seperti linut, tebaloi biji sagu dan
sebagainya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ1O4dB5uBHJIFgZuz-gQ1Eu2FPWQm9mNDosG86O3E-GONBpjDOCxlu8pwuYOxz0C57A0Z6fgP5uhXjnCfMgSS-V2ZB89PXt9-u8P2expo7hobTAZiKSjJ8GcvhTE_VpvyEGuWuUKnRVs/s1600/2+(6).jpg) |
pokok mulong |
|
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-w8o40PHFW2umCbDKioJDI30RBbC2wqsqZKE-9sgBZQMWuTEAfKJX46UaM7ZyO0kCNkVbKhQwQP4qOFokB7MR2kmGXs05S96XsZx9pdA0GL_KPcgoRat13Eh6WY-pxq28WUso8zWiZcU/s1600/2+(13).jpg) |
mengupas kulit pokok mulong |
-Hasil produk lemantak di kampung kalok.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjgQ02461-zRfxnZtm7PxDBb9Clcbec943sTPI4DThqZyxHbykHCKcEBsrlAAQ3vKllmqkxI2E7n03qqltxl1QiNaYdLqVy1RxcVZ-7j9XJCCY53pXiTHXpnfwq3p-W841cXwIGqoZgHA/s1600/z.jpg) |
cucur lemantak |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbOAr_RSEFeZhOCPJwfnqb2cQ0Su36YfZfGXHSyAiubnaeZgJlCGwYutxywAez3fZseHgXRWxL1ghuBh3g0izeMzECBiy7WzJi8Bq0DTGbM5ZyNB9_6A4Qsjk-A1STyqoQ3I8wA6-x5Pg/s1600/qqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq.jpg) |
pais lemantak yang berinti udang |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJkNQg5IDUK4vXiQUFcHgjberEfDBzlQltjU9netnK1PioGQLKl2uhkh4bDYfF6DfqkkEua9RyDzvcCiDhF6h0bjjRpwHwuR_QFVRcHP9TkxGo0j6KpxAi1YDe2T-7_wXjKB4bhph7-Ws/s1600/qqqq.jpg) |
apambalik lemantak |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbMwe_U595JwMup2ix6PHUeyXXmrTh1RmISXluDUBromp0Obugv0HwRodLXaZkiceyY19hebQ-_JxGILNH8qs1jKF1Ic__M690yzJE0qf8n2ZNpWKuK1Fv3RXNy-YKKAnilJH3CBMk7YQ/s1600/qqqqqqq.jpg) |
terbaloi yang di hasil dari lemantak
BIJI SAGU
Biji sagu merupakan salah satu makanan harian bagi penduduk kampung Kalok. Jika dahulu, biji sagu juga adalah makanan utama mereka
berbanding nasi. Hal ini kerana kawasan perkampungan mereka bukan dari
tanaman padi. Penghasilan sagu mempunyai banyak proses yang akan
dikendalikan dan jangka masa untuk membuat sagu juga tidak kurang dari
satu hari. Kebanyakkan barang-barang yang digunakan untuk membuat sagu
daripada pokok yang berhampiran dikawasan rumah mereka. Biji sagu
dihasilkan dengan menggunakan tepung lemantak. Tepung lemantak yang
telah dibasuh sehingga menjadi warna putih-keputihan. Hal ini adalah
untuk memastikan kebersihan tepung lemantak itu sendiri. Tepung lemantak
akan dikeringkan bagi memudahkan proses penghasilannya. Selepas itu,
tepung lemantak akan dicampur dengan kelapa parut kering (kerisik),
dedak padi, santan, dan garam . Kesemua bahan tadi hendaklah ditumbuk
lumat supaya mudah diadun. Sebahagian dari penduduk yang menghasilkan
sagu, menggunakan mesin kelapa untuk dijadikan adunannya. Setelah siap,
kesemua adunan tadi akan diayak di dalam ‘takung’. ‘Takung’ merupakan
acuan khas yang diperbuat daripada batang pokok buluh. Adunan yang telah
diayak di dalam takung digelek menggunakan ‘gaah’. ‘Gaah’ merupakan
sejenis alat khas yang dianyam menggunakan daun pokok nipah. Selepas
itu, gelekan tersebut akan menghasilkan adunan yang berbentuk bulat
melalui lubang-lubang yang sedia ada.
Adunan sagu yang digelek tadi diulang dan dimasukkan semula di dalam
‘takung’ bagi mendapatkan bentuk bulat yang sekata. Bentuk bulat yang
lebih kecil akan keluar semula dari takung tersebut manakala bentuk
bulat yang mempunyai saiz yang sama dengan jaringan takung tidak akan
terkeluar semasa diayak. Saiz tersebutlah yang sedia untuk di bakar.
Adunan yang terkeluar daripada takung tersebut akan digelek semula dan
proses yang sama berulang sehingga tepung habis. Setelah siap digelek,
biji sagu yang tertinggal di dalam takung tersebut sedia untuk dibakar.
Proses pembakaran dimulakan dengan memanaskan belaga yang diperbuat
daripada tanah liat dan bata. Setelah belaga betul-betul panas, biji
sagu diletakkan di atas belanga dan dibakar. Pembakaran ini juga tidak
menggunakan minyak. Biji sagu harus sentiasa di ratakan menggunakan
penyapu lidi bagi memastikan pembakaran seimbang. Masa untuk proses
pembakaran ini mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang 5jam untuk
menjadikan biji sagu menjadi rangup dan sedap untuk dimakan. Biji sagu
yang siap dibakar di masukkan di dalam tin dan sedia untuk di jual
kepada pelanggan.
|
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB-QOQGVEj0KIo_ASSGq2u0qpevhY88DLDatIm_8Rg0uSeRP8NsA4V3XXKGwjnJgr2N3brpPeTZRe97to6GE_wQMrymOjuwaxubwWH7oOoXKV9XTLEOpCmE0CmHUaHAQ0Zx-Od95UKZwM/s1600/images.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3cWBVxJRMakiha-P15DIk1mB0FWy_PJzqAQR1FLKRRIZHeHN3FtieKZxvTMccwe1OgqfKhNuF2a8wK3DlwgkS8EiPx_q4eRxW7juB5Ax5TfRWupPqY-flNaBzRxnIOxVpUrZQc39B_f0/s1600/imagesdsfsdfsfsf.jpg) |
sagu |